
Salam Lebaran buat semua! Mungkin agak terlewat blog ini diupdate tapi masih belum terlambat kiranya ana titipkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430H. Alhamdulillah, ana baru sahaja selesai mengisi borang Program Persijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM/UIAM Sesi 2010/2011 di Darul Quran. Tarikh permohonan masih belum berakhir. Di bawah, ana paparkan butiran mengenai permohonan ini. Apa tunggu lagi, mohonlah sekarang!
Klik sini
SYARAT-SYARAT PERMOHONANSYARAT AM PROGRAM UNTUK SEMUA PROGRAM )- Warganegara Malaysia yang belum berkahwin.
- Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2009 dengan
1. Kepujian Bahasa Melayu
2. Kepujian Bahasa Arab
3. Kepujian Bahasa Inggeris
4. Kepujian Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan Sunnah atau
Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam
5. Aliran Sains
SYARAT KHAS PROGRAM ( UNTUK PROGRAM YANG DIPILIH )
ASASI KEJURUTERAAN (Y0400)
- 4B dalam matapelajaran Matematik
- 5C dalam mata pelajaran Matematik Tambahan,Fizik, Kimia,Bahasa Inggeris
ASASI PERUBATAN (Y0080)
- 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
- 3B dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia
- 4B dalam mata pelajaran Fizik , Matematik / Matematik Tambahahan
ASASI SAINS HAYAT (Y0010)
- 5C dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia, Matematik / Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, 7D Fizik
ASASI SAINS FIZIKAL (Y 0020)
- 5C dalam mata pelajaran berikut : Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Bahasa Inggeris, Kimia.
ASASI FARMASI (Y 0060)
- 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
- 3B dalam mata pelajaran Biologi , Kimia,
- 4B dalam mata pelajaran Fizik, Matematik / Matematik Tambahan
ASASI PERGIGIAN (Y0070)
- 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
- 3B dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia
- 4B dalam mata pelajaran Fizik, Matematik / Matematik Tambahan
ASASI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (Y0030)
- 5C dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia, Matematik / Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Fizik
ASASI KEJURURAWATAN (Y0031)
- Kepujian dalam mata pelajaran berikut : Biologi, Kimia, Matematik /Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris,Fizik
KALENDAR PERGERAKAN PROGRAM PERSIJILAN SESI 2010/201110 September 2009 - Iklan Kemasukan Pelajar Baru Program Persijilan 2010/2011
10 Oktober 2009 - Tarikh tutup permohonan
19 Oktober 2009 - Semakan Layak Temuduga
26 -30 Oktober 2009* - Temuduga Pengambilan Pelajar
1 Disember 2009 - Surat Tawaran Dikeluarkan
21 Disember 2009 - Pendaftaran
Catatan : * Tertakluk kepada perubahan
CARA MEMOHONBorang permohonan boleh diperolehi dan hendaklah diisi melalui;
Laman Web:
- www.islam.gov.my.
- www.darulquran.gov.my
TARIKH TUTUP PERMOHONANBorang Permohonan dan Borang Perakuan Diri yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dihantar beserta keputusan Percubaan SPM 2009 yang telah disahkan ke :
Unit Pengambilan Dan Kemasukan,
Darul Quran JAKIM, Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan
Sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi :
Unit Pengambilan dan Kemasukan Darul Quran, JAKIM
Tel: 03-60635333/03-60635350
MAKLUMANPemohon yang berjaya untuk mengikuti temuduga boleh menyemak di website Darul Quran (http//:www.darulquran.gov.my) pada 19 Oktober 2009